top of page

Kerajaan Utamakan Pendekatan Inklusif dan Berhikmah Tangani Isu Berkaitan Islam - PM

nabalunews

20 September 2024


KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan yang lebih inklusif, berhikmah dan berteraskan toleransi dalam menyelesaikan sebarang isu berkaitan agama Islam di Malaysia, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata kerajaan pimpinannya juga terus komited dalam mengemukakan mesej Islam yang rahmah serta berorientasi keadilan dan ihsan seiring semangat Malaysia MADANI.


"Saya percaya melalui muafakat dan perbincangan yang tuntas, kita boleh mencari banyak kesepakatan dalam menambah baik dan menguruskan urusan hal ehwal Islam di Malaysia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam.


Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi mengenai sesi pertemuan dan musyawarah beliau bersama para agamawan di Putrajaya bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan hal ehwal Islam serta isu semasa yang berkaitan di Malaysia.


Hadir dalam perbincangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Datuk Dr Nooh Gadot, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah dan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.


Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page