top of page

Kereta terbabas di Kg Pangkalan Tenghilan, mangsa cedera ringan

  • nabalunews
  • Apr 3
  • 1 min read


3 April 2025


TUARAN: Sebuah kereta jenis Perodua Axia terbabas sendiri di Kampung Pangkalan Tenghilan awal pagi tadi, menyebabkan seorang mangsa mengalami kecederaan ringan.


Menurut laporan Komander Operasi, PBK I KUP Mahmud Jumah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada jam 1:24 pagi, sebelum sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran tiba di lokasi 15 minit kemudian.


"Terdapat seorang mangsa mengalami cedera ringan, namun dia berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum dibawa ke Hospital Tuaran oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya.


Beliau turut memaklumkan bahawa pihak bomba tidak menjalankan sebarang operasi penyelamatan, sebaliknya hanya melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.


Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2:15 pagi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page