top of page

KERJASAMA PENTING PASTIKAN KEJAYAAN USAHA TANGANI IMPAK COVID-19

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 12, 2020
  • 1 min read

12 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dan rakyat perlu terus berkerjasama sebagai satu pasukan terutama bagi memacu ekonomi negeri yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin berkata, kerjasama padu dan mantap penting bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan usaha-usaha Kerajaan bagi menangani impak pandemik Covid-19.

“Dalam konteks ini, saya menyambut baik pelbagai langkah dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan menyeru agar usaha-usaha ini terus diperhebatkan lagi terutama dalam menjaga kebajikan dan menjamin kesejahteraan rakyat di semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar kerajaan sempena pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.


Tun Juhar turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baharu dibentuk di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

“Pada pilihanraya umum lalu, rakyat telah membuat keputusan dan memberikan mandat kepada GRS untuk menerajui kepimpinan dan pentadbiran negeri ini untuk tempoh lima tahun mendatang.

“Saya yakin dan percaya bahawa Kerajaan Negeri yang baharu ini berupaya membawa negeri Sabah kembali ke mercu kejayaan dan kecemerlangan, memandangkan ramai dari kalangan anggota pentadbiran adalah mereka yang berpengalaman.

“Dalam pada itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dipilih,” katanya.

Beliau menyeru agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang ada ini akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, komitmen yang tinggi dan berdedikasi, sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat seluruhnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page