top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu Covid kekal tinggi sebanyak 3,487 kes, 26 kematian



26 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABAU: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini kekal tinggi iaitu sebanyak 3,487 kes direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 134,517 kes.


Sebanyak 26 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 11 kes di Tawau, sembilan kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Putatan manakala Pitas, Papar, dan Keningau masing-masing satu kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, 10 daerah merekodkan 100 kes ke atas dengan Kota Kinabalu terus merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 603 kes dan Penampang kedua tertinggi dengan 450 kes.


"Daerah lain yang merekodkan kes tinggi ialah Sandakan (367 kes), Kinabatangan (249 kes), Tawau (215 kes), Papar (185 kes), Tuaran (183 kes), Keningau (128 kes), Lahad Datu (122 kes) dan Telupid (111 kes)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, 1,550 kes pada hari ini adalah kes-kes yang lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 294 kes antara 4 hingga 5 hari dan 315 kes melebihi 5 hari.


"Saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu sebanyak 1,992 kes adalah daripada saringan kontak rapat.


“Manakala saringan bergejala merekodkan 856 kes, diikuti saringan kluster dengan 263 kes, saringan bersasar (62 kes) dan saringan lain-lain kes (314 kes),” katanya.


Menurut Masidi, daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 2,846 kes melibatkan warganegara dan 641 kes adalah bukan warganegara.


Dari segi jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 2,557 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 104,181 orang.


“Seramai 4,895 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,434 orang di hospital, 3,403 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 46 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 12 orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 174 orang dan 78 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya


Comments


bottom of page