top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu di Sabah terus meningkat 4,107 kes hari ini



12 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kes tertinggi melepasi paras angka 4,000 dengan 4,107 kes baharu hari ini, meningkat sebanyak 746 kes berbanding kelmarin.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes-kes bergejala merupakan kategori penyumbang utama kes baharu di Sabah dengan 2,252 kes atau hampir 55 peratus daripada keseluruhan jumlah kes.


“Tidak ada kluster baharu dicatatkan hari ini, namun sejumlah 90 kes datang daripada 10 kluster sedia ada. Sehingga kini, terdapat 36 kluster yang masih aktif di seluruh Sabah.


“Sebanyak 4,093 atau 99.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Hanya tiga kes dalam Kategori 3, lapan kes dalam Kategori 4 dan tiga kes Kategori 5,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (1,494) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP.


Beliau berkata, satu kes kematian dilaporkan hari ini iaitu di Sandakan.


Comments


bottom of page