top of page

Kes Covid-19 di Sabah terus menurun

Wartawan Nabalu News


15 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah meneruskan trend penurunan dengan catatan angka jangkitan baharu sebanyak 591 kes, iaitu penurunan 31 kes berbanding semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lima kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Kota Belud, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Tenom dan Beaufort.


Beliau berkata, sebanyak 582 atau 98.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5.


Bagaimanapun katanya, peratusan jangkitan sporadik masih tinggi, hampir 63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes harian.


“Nisbah daerah yang mencatatkan penurunan dan peningkatan kes agak seimbang hari ini. Sebanyak 13 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 11 daerah mencatatkan penurunan kes.


“Hanya daerah Beaufort yang merekodkan penurunan kes baharu yang agar besar iaitu 30 kes setelah mencatatkan peningkatan 27 kes sebelumnya. Tiga lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, tiga kluster diisytiharkan tamat oleh JKNS hari ini iaitu Kluster Jalan Bypass Kologon (Ranau), Kluster Simpangan (Beluran) dan Kluster Bukit Garam (Kinabatangan).


“Jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 22 kluster,” katanya.


Dari segi bilangan pesakit Covid-19 sembuh, seramai 1,391 orang (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 332,595 orang.


“Manakala 809 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 607 orang di hospital, 19 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lapan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 50 orang merangkumi 43 di ICU/repurposed kritikal care serta tujuh di open ward (HDW/kubikel akut) dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page