top of page
  • Wartawan Nabalu News

KES INDEKS KLUSTER RICH PARK TAWAU SEORANG GURU BESAR



4 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Rich Park Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu pada hari ini menambah 10 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes.


"Kes indeks merupakan guru besar sekolah rendah, lelaki, 58 tahun, dari Taman Rich Park. Kes indeks disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan bergejala di klinik swasta pada 1 April 2021.


"Berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis kenduri kahwin ahli keluarga di tiga lokasi berbeza iaitu Taman Rich Park dan Taman Ria Tawau pada 26 Mac 2021 (30 orang setiap lokasi).


"Sebelum itu kes indeks menghadiri majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka melibatkan kehadiran 200 orang.


"Selain itu, kes indeks juga telah menghadiri mesyuarat yang dihadiri sekurang-kurangnya 50 orang. Sehingga hari ini, 95 orang telah disaring dan 12 orang didapati positif. Aktiviti pengesanan kontak rapat kini giat dijalankan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Comments


bottom of page