KES POSITIF BAHARU COVID DI SABAH MENURUN DRASTIK KE ANGKA 53KES POSITIF BAHARU COVID DI SABAH MENURUN DRASTIK KE ANGKA 53
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KES POSITIF BAHARU COVID DI SABAH MENURUN DRASTIK KE ANGKA 53


2 Mac 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini menurun secara drastik ke angka 53 iaitu hampir separuh lebih rendah berbanding catatan 104 kes semalam.


Dalam hantaran melalui media sosial Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun, daerah Nabawan kekal merekodkan jumlah kes positif Covid-19 yang tertinggi dengan 11 kes, diikuti Keningau dengan lapan kes dan Sandakan dan Tawau masing-masing lima kes, Kota Belud mencatatkan empat kes, Putatan (tiga kes),



Beluran, Kinabatangan, Kudat, Ranau, Penampang dan Papar masing-masing dua kes, Kota Kinabalu, Pitas, Kota Marudu, Sipitang dan Tenom masing-masing stu kes.


Daerah Telupid, Lahad Datu, Kunak, Tongod, Semporna, Kalabakan, Tuaran, Beaufort, Kuala Penyu dan Tambunan pula mencatatkan sifar kes baharu positif Covid-19 hari ini.


Sementara itu, tiada Kluster Baru dilaporkan di Sabah hari ini.



bottom of page