top of page
Wartawan Nabalu News

KES POSITIF COVID-19 DI SABAH DIJANGKA MELONJAK TINGGI DALAM BEBERAPA HARI: MASIDI


Gambar hiasan


12 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, angka kes positif Covid-19 dijangka akan melonjak tinggi dalam beberapa hari sehingga gerakan saringan secara besar-besaran selesai dijalankan di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Beliau berkata, catatkan kes positif Covid-19 yang agak tinggi pada hari ini juga adalah disebabkan langkah memperhebat Saringan Bersasar secara "House To House" dan tidak hanya tertumpu kepada Saringan Kontak Rapat oleh pihak KKM di lokaliti-lokaliti yang dikenakan PKPD.


“Sebagai makluman tambahan, catatan kes hari ini berjumlah 378 kes adalah kurang

daripada jangkaan awal berikutan pelbagai langkah yang dibuat seperti memperketatkan larangan rentas daerah, melakukan kajian bersasar lokaliti-lokaliti untuk dikenakan PKPD, seterusnya penyediaan SOP sebagai garis panduan,” katanya.


Masidi berkata, lima kes kematian direkodkan di Sabah hari ini, masing-masing di Tawau, Semporna, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Putatan.

Comments


bottom of page