top of page

Kestabilan politik perlu selaras dengan tadbir urus baik untuk pacu ekonomi - PM Anwar

  • nabalunews
  • Oct 20, 2024
  • 1 min read

Updated: Oct 20, 2024

19 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Kestabilan politik perlu diselaraskan dengan amalan tadbir urus yang cekap dan telus sebagai langkah penting untuk menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi rakyat, serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang mampan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau menegaskan bahawa tadbir urus yang baik bukan sahaja membolehkan dasar-dasar yang lebih komprehensif dan inklusif digubal, tetapi juga dapat memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berlandaskan prinsip keadilan dan ketelusan serta membanteras penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan rasuah dengan lebih berkesan, sekaligus meningkatkan keyakinan pelabur serta rakyat terhadap integriti kerajaan.


“Kita bernasib baik, selepas beberapa tahun pergolakan dalam arena politik, dalam dua tahun lepas kita telah memperoleh kestabilan politik, tetapi kestabilan politik bukanlah jawapan segalanya. Jawapannya ialah untuk mempunyai tadbir urus yang baik oleh pemimpin yang bertanggungjawab.


“Singkirkan negara ini daripada rasuah dan salah guna kuasa. Dengan kestabilan politik itu, kita telah merangka dasar yang memberi manfaat kepada semua orang,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 di sini, hari ini.


Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page