top of page

KESUMA Lancar Pusat Sehenti Tenaga Kerja dan Pejabat HRD Corp Sabah

  • nabalunews
  • Aug 5
  • 1 min read

ree

4 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) hari ini melancarkan Pusat Sehenti Tenaga Kerja dan Pejabat baharu HRD Corp Sabah bagi memperkukuh ekosistem tenaga kerja di negeri ini.


Pusat Sehenti itu menyatukan 14 jabatan dan agensi berkaitan di bawah satu bumbung antaranya Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Mahkamah Perusahaan, HRD Corp, dan PERKESO.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KESUMA berkata, ia merupakan inisiatif strategik kementerian dalam memperluas kehadiran perkhidmatan tenaga kerja yang lebih cekap, menyeluruh dan mesra rakyat.


“Langkah ini mengakhiri keperluan rakyat Sabah untuk berurusan di lokasi berasingan, sekali gus menjimatkan masa, kos dan tenaga.

“Kini, urusan berkaitan pekerjaan, latihan kemahiran, keselamatan dan kebajikan pekerja dapat diselesaikan di satu lokasi yang strategik dan selesa,” katanya.


Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong di Sutera Avenue, di sini.


Turut dilancarkan ialah Pejabat HRD Corp Sabah yang baharu lengkap dengan fasiliti latihan moden termasuk bilik latihan untuk majikan, komuniti tempatan dan rakan strategik.


Jelasnya, kemudahan berkenaan bakal menjadi pusat pembangunan modal insan yang menyokong pertumbuhan tenaga kerja tempatan yang kompeten dan berdaya saing.


“Semua inisiatif ini adalah manifestasi kepada semangat Malaysia MADANI membina negara yang lebih adil, sejahtera dan inklusif, tanpa meninggalkan mana-mana rakyat di belakang,” kata kementerian itu.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page