top of page

Ketua Menteri Berniat Baik - Nizam Titingan

nabalunews

13 September 2024


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebenarnya berniat baik untuk membantu permohonan biasiswa anak Ketua Penerangan Parti Warisan, Azis Jamman kata Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.


Dalam satu kenyataan hari ini Nizam berkata sejak mentadbir Sabah, Hajiji terkenal dengan sikapnya yang sentiasa membantu pihak-pihak yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama ataupun fahaman politik.


"Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapannya memberikan contoh bahawa beliau sentiasa adil dalam memberikan bantuan kepada sesiapa yang memohon pertolongan, tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

"Ia adalah contoh yang sesuai memandangkan pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya serta kerajaan pimpinannya, beliau tetap berpendirian keadilan adalah prinsip penting yang menjadi pegangannya," katanya.

Menurut Nizam, situasi Azis dan keluarga yang bertemu secara peribadi dengan Hajiji untuk mendapatkan kelulusan biasiswa adalah contoh yang ingin diberikan oleh Ketua Menteri tentang prinsipnya yang berkhidmat untuk semua.

"Saya pasti prinsip membantu semua rakyat yang memerlukan akan diteruskan oleh Datuk Seri Hajiji Noor. Sudah tentu ramai yang akan menerima manfaat daripada sikap terpuji yang dipamerkan oleh Ketua Menteri kita," tegasnya.

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page