top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ketua Menteri terima kunjungan HRD Corporation


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Ketua Eksekutif Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Datuk Shahul Dawood semasa menerima kunjungan hormat deligasi HRD Corp di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

10 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat delegasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.


Hajiji diberi taklimat oleh Shahul berhubung cadangan program kolaborasi diantara HRD Corp bersama Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Sabah (SMJ).


HRD Corp yang dahulunya dikenali sebagai HRDF merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu aspirasi pembangunan bakat pekerja melalui kutipan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan dan pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.


Hajiji mahu HRD Corp membantu negeri ini dalam menangani sebarang jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja khususnya melibatkan rakyat tempatan negeri ini, agar mereka boleh membangun, menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran terbaik.


Katanya, usaha melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan merupakan antara agenda kerajaan untuk memperkasaan modal insan negeri ini.


Menurutnya, menurusi program-program latihan dan peningkatan kemahiran yang disediakan oleh HRD Corp kepada tenaga kerja sedia ada, dapat membantu memperkukuhkan pembangunan modal insan.


HRD Corp telah bertapak di negeri Sabah sejak tahun 1998 dan kini sejumlah 4,571 majikan di Sabah telah berdaftar dengan agensi itu.


Comments


bottom of page