top of page

Khidmat sewa 28 helikopter teratur dan bersandarkan keperluan

nabalunews


5 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Pendekatan kerajaan menggunakan khidmat sewa 28 helikopter kepada pelbagai agensi kerajaan adalah teratur dan bersandarkan kepada keperluan.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua kelebihan kepada pendekatan ini telah dihujahkan semasa sesi penggulungan Belanjawan 2025 (Peringkat Dasar).


Katanya, ia dijawab sendiri oleh Perdana Menteri semasa pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 28 November lalu.


“Walaubagaimanapun, perkara ini akan turut diulas dan dijawab sekali lagi oleh saya semasa sesi penggulungan kementerian bagi perbahasan kali ini yang dijadualkan pada 20 Februari depan,” katanya.


Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung kos sewaan 28 unit helikopter berkenaan.


Kerajaan dikatakan melakukannya menerusi kontrak bernilai RM16 bilion bagi tempoh 15 tahun untuk digunakan oleh pasukan keselamatan negara.


Malah jumlah berkenaan turut didakwa terlalu besar berbanding pembelian 32 helikopter jenis sama.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page