top of page
nabalunews

Kiau Double Dart Open 2024 himpunkan pemain dart berbakat di Kota Belud

17 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Sebanyak 41 pasukan double dan 15 peserta kategori wanita bersaing dalam Kejuaraan Kiau Double Dart Open 2024 yang berlangsung penuh meriah di Dewan Kanso Kiau Teburi, Kota Belud, baru-baru ini.


Acara ini dianjurkan oleh Kelab Kiau Darters dan dirasmikan oleh Ketua Perhubungan ADUN Kadamaian, Carlye Lajimin.


Difahamkan, acara ini telah menjadi platform tahunan sejak 2017, dengan ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, sebagai penaung Kelab Kiau Darters.

Pengerusi penganjur, Armalzo Peninsus, memaklumkan bahawa juara bagi kategori lelaki Double Dart Open membawa pulang wang tunai RM2,500, manakala juara Ladies Open menerima RM500.


Pasukan F1 dinobatkan sebagai juara kategori lelaki, manakala dalam kategori wanita, Ujie@RJ muncul sebagai juara. Pelbagai hadiah misteri turut disediakan bagi pemenang yang mencapai pencapaian istimewa seperti 180’ dan highest check.


Diharapkan, kejuaraan ini terus menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat tempatan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti setempat.

Commenti


bottom of page