KILANG DIBENAR BEROPERASI 24 JAM SEMASA PKP 3.0
- Wartawan Nabalu News
- Jun 2, 2021
- 1 min read

2 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju memberi kebenaran kepada 58 buah kilang untuk beroperasi 24 jam semasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kilang-kilang itu terdiri daripada kilang penapisan minyak sawit (refinery), kilang kelapa sawit (crude palm oil mill), kilang biodiesel, kilang baja kimia.
"Kilang pemprosesan “Spent Bleaching Earth”, kilang besi dan keluli (steel billets dan steel bar) dan kilang simen atas sebab mekanikal di mana pemberhentian mesin dan menghidupkan semula mesin seperti relau (furnace) dan “boiler” akan mengambil masa yang panjang dan merosakkan mesin-mesin sekiranya diberhentikan dan dihidupkan semula terlalu kerap," katanya.
Masidi berkata, kehadiran pekerja yang dibenarkan adalah tidak melebihi 60 peratus dari jumlah kakitangan sedia ada.
Comments