top of page
Wartawan Nabalu News

KKM sasar peningkatan nisbah katil di hospital



11 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited meningkatkan nisbah katil hospital kepada 2.06 berbanding 1,000 pesakit pada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

 

Berdasarkan statistik tahun 2020, jumlah katil di seluruh hospital di Malaysia adalah sebanyak 65,508 dengan nisbah dua katil untuk setiap 1,000 pesakit.

 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dalam majlis pelancaran pecah tanah bangunan tambahan di sebuah hospital pakar swasta di sini semalam, menegaskan usaha KKM untuk mengoptimumkan penggunaan katil melalui rawatan harian di hospital utama dan pendigitalan unit pengurusan katil (BMU) secara berpusat.

 

"Langkah inovatif seperti ini amatlah perlu kerana kerajaan tidak mampu berbelanja lebih akibat kekangan fiskal," kata Dr Dzulkefly.

 

Beliau juga menyatakan bahawa sektor swasta memainkan peranan penting dalam meningkatkan kapasiti sistem kesihatan negara melalui pelaburan dalam pembinaan fasiliti kesihatan dan peranti perubatan dengan teknologi terkini.


Tambahnya, penawaran perkhidmatan yang selamat dan berkualiti pada harga kompetitif meningkatkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan pilihan.

Comments


bottom of page