top of page

KKM yakin selesaikan naik taraf 436 klinik daif penghujung tahun ini

Wartawan Nabalu News

18 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) berhasrat untuk menyiapkan semua projek naik taraf membabitkan 436 klinik daif di seluruh negara menjelang akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata beliau yakin projek-projek naik taraf ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan sudah ada beberapa projek yang telahpun disapkan.


"Untuk tahun ini, 436 klinik ini telah dikenal pasti untuk dinaik taraf dan KKM akan memastikan kesemua projek ini disiapkan dalam tahun ini seterusnya memberikan keyakinan kepada Perdana Menteri untuk meluluskan peruntukan untuk tujuan yang sama pada tahun hadapan.


"Kalau ada penjimatan daripada projek-projek yang telah dikenal pasti ini, pihak KKM akan menambah beberapa lagi klinik daif untuk dinaik taraf," katanya selepas merasmikan Klinik Kesihatan Bandar Perda di Bukit Mertajam.


Beliau turut menyatakan bahawa pembangunan kemudahan dan infrastruktur kesihatan merupakan agenda penting kerana permintaan masyarakat kepada akses kesihatan yang lebih baik sentiasa meningkat.


"Di Pulau Pinang, selain daripada projek Klinik Kesihatan Bandar Perda ini, KKM dan Jabatan Kerja Raya sedang giat menyiapkan dua lagi klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Air Putih dan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara yang masing-masing menelan belanja sebanyak RM30 juta.


Selain itu, kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023 juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi membina Klinik Kesihatan dan Kuarters Integrasi Mak Mandin," jelasnya.


Tambah beliau, usaha ini akan dapat mempertingkatkan perkhidmatan di peringkat penjagaan kesihatan asas dan seterusnya membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital kerana rawatan awal dan ringan dapat dibuat di klinik-klinik kesihatan terlebih dahulu.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page