Kluster baharu di Kinabatangan melibatkan kluster tempat kerja Kluster baharu di Kinabatangan melibatkan kluster tempat kerja
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu di Kinabatangan melibatkan kluster tempat kerja



18 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Sawit Safoda- Kinabatangan diklasifikasikan sebagai kluster tempat kerja.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini mula dikesan apabila pemandu lori, lelaki, 32, mula bergejala pada 11 September 2021 sekali gus menjadi kes indeks bagi kluster ini.


“Ujian saringan RTK AG oleh klinik panel ladang pada 16 September 2021 menunjukkan keputusan positif dengan grading 100 peratus dan kes telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya.


“Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati 22 lagi kes positif dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan.


“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 23 kes hasil saringan ke atas 115 orang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, siasatan persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.


bottom of page