• nabalunews

KLUSTER BAHARU DI LAHAD DATU BERPUNCA DARIPADA SEORANG PETUGAS GEREJA


Gambar fail

6 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Belacon, Lahad Datu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Belacon menambah sembilan kes baharu positif hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 17 kes.


"Kes indeks merupakan lelaki, 22 tahun yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di sebuah klinik pada 31 Mac lalu.


"Susulan kes itu, saringan terhadap 195 individu yang merupakan kontak rapat serta pengunjung gereja mendapati 16 kes positif, manakala 137 individu didapati negatif saringan pertama dan 42 individu lagi masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada seorang petugas gereja bukan warganegara, 54 tahun, berasal dari Tawau.


“Beliau mula bergejala sejak 25 Mac 2021 dan didapati positif pada 04 April hasil saringan kontak rapat di sebuah klinik.


“Semua kes positif dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Lahad Datu,” kata Masidi.


"Kontak rapat yang lain diarahkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, pada hari ini.

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com