top of page

KLUSTER BAHARU DIKESAN DI KENINGAU

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 21, 2021
  • 1 min read

Updated: Mar 22, 2021



21 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Keningau hari ini, dikenali sebagai Kluster D Gana.


Kluster itu mencatatkan pertambahan 19 kes positif Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 20 kes.



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan seorang wanita yang dikesan positif melalui saringan bergejala di salah sebuah pusat perubatan di Keningau pada 20 Mac lalu.


"Saringan kontak rapat mendapati 19 lagi kes positif dalam kalangan keluarga kes indeks. Hasil penelitian, kes indeks telah menyebarkan jangkitan wabak ini menerusi aktiviti kunjungannya secara kerap ke rumah anak-anaknya di mukim tersebut.


"Punca dan saringan kontak rapat masih giat dijalankan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page