top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU, KLUSTER INDUSTRI INANAM CATAT 20 KES POSITIF COVID-19


7 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Industri Inanam melibatkan kakitangan kilang plastik.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatatkan 11 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 20 kes.



"Kes indeks merupakan kakitangan kilang plastik yang dikesan positif melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Inanam pada 27 Februari lalu.


"Hasil saringan kontak rapat terhadap 139 individu, 20 kes didapati positif termasuk 11 kes baharu pada hari ini.


"Semua kontak rapat diarahkan menjalani kuarantin selama 10 hari," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.



Dari segi kes sembuh, Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang discaj dari hospital ialah 92 orang menjadikan jumlah kumulatif 52,161 orang.


"Manakala, pesakit sedang menerima rawatan merangkumi 629 orang iaitu 225 orang di hospital, 402 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


"Bilangan pesakit dalam ICU ialah 26 orang dan 11 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.


Comments


bottom of page