top of page
Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU, KLUSTER JALAN MENTERI MELIBATKAN KOTA KINABALU DAN PENAMPANG


Gambar hiasan

16 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Jalan Menteri di Kota Kinabalu dan Penampang.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu merekodkan jumlah kumulatif sebanyak sembilan kes dengan dua kes didaftarkan di daerah Kota Kinabalu, manakala baki tujuh kes di Penampang.



“Kes indeks merupakan suri rumah, 48, yang disahkan positif melalui RT PCR pada 10 Mei lalu selepas mengalami gejala dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.


“Saringan kontak rapat yang dijalankan oleh pasukan kawalan kemudian mendapati lapan lagi kes positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.


Masidi berkata, berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri mesyuarat keagamaan pada 28 April lalu dan 05 Mei 2021 di Tingkat 1, Pusat Paroki Gereja Sacred Heart, Jalan Menteri Kota Kinabalu.


“Aktiviti kawalan dan pengesanan kontak masih giat dijalankan,” katanya.



Comments


bottom of page