- Wartawan Nabalu News
KLUSTER BAHARU, KLUSTER JAMBATAN 1 BOMBALAI KALABAKAN CATAT 15 KES
11 Mac 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Kalabakan, dikenali sebagai Kluster Jambatan 1 Bombalai merekodkan pertambahan empat kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan wanita berusia 59 tahun yang tinggal di Kg Jambatan 1 Bombalai dalam mukim Merotai di daerah Kalabakan.
"Kes indeks itu dikesan positif melalui saringan bergejala di salah sebuah pusat perubatan di Tawau pada 26 Februari lalu.
"Hasil penelitian, kes indeks telah mengadakan kenduri akikah di kediaman beliau (Kg Jambatan 1 Bombalai) pada 20 Februari lalu," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, daripada 41 kontak rapat yang disaring sejak 01 Mac lalu, 14 orang disahkan positif.
Beliau berkata, pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan masih giat dijalankan," katanya.
Comments