top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU, KLUSTER KERTANG DIKESAN DI KOTA BELUD


20 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti satu kluster baharu pada hari ini iaitu Kluster Kertang melibatkan daerah Kota Belud.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-17623 dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif.

“Sehingga 20 Oktober (hari ini), 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif dan 195 individu negatif,” katanya.

Secara keseluruhannya Sabah masih mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 673 kes atau 78.1 peratus daripada jumlah keseluruhan 862 kes baharu di seluruh negara pada hari ini.

Beliau berkata, daripada 673 kes baharu di Sabah, 260 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada, 243 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19, dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kertang dan 168 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

bottom of page