KLUSTER BAHARU, KLUSTER LINTAS SERAYA BERPUNCA DARI MAJLIS SOSIAL DI SEBUAH RESTORAN
3 JAN 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu dikenalpasti hari ini di Kota Kinabalu berpunca dari majlis sosial di sebuah restoran di Lintas, dikenali sebagai Kluster Lintas Seraya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster baharu itu mencatatkan tiga kes menjadikan jumlah kumulatif 15 kes.
“Kluster ini melibatkan dua daerah iaitu Kota Kinabalu dan Penampang. Kes indeks telah dikenal pasti melalui saringan bergejala.
“Melalui siasatan mendapati kluster ini berpunca dari majlis sosial (makan malam perayaan krismas) di sebuah restoran di Lintas,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember melalui saringan individu bergejala.
Sehingga 3 Januari, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Mengenai bantuan bakul makanan Masidi berkata, sehingga hari ini, sebanyak 310,193 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.
ความคิดเห็น