top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster baharu, Kluster Tampasuk Kota Belud penularan dalam komuniti



4 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Tampasuk Kota Belud - Kota Belud merupakan penularan COVID-19 dalam komuniti yang dipercayai berpunca daripada majlis pengebumian.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan juruwang wanita, 32, di sebuah bank disahkan positif PCR dengan CT value 18.51 pada 26 Julai 2021, setelah bergejala demam, sakit badan, sakit tekak, selsema dan batuk.


“Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 159 kontak mendapati 29 kes positif COVID-19 termasuk sembilan kes baharu hari ini.


“Semua 29 kes positif ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth dan PKRC,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, setakat ini kontak-kontak rapat telah diarahkan kuarantin untuk pengasingan.

bottom of page