top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kluster Donggongon penularan jangkitan ditempat kerja



13 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kluster Donggongon, kluster baharu yang direkodkan hari ini dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes positif dikesan di sebuah premis badan berkanun di Daerah Penampang.


“Kes indeks merupakan pembersih pejabat, wanita, 46, yang disahkan hasil saringan bergejala dengan keputusan positif (RTK-Ag) di sebuah klinik swasta pada 04 Ogos 2021.


“Selain itu, satu lagi kes dikesan pada tarikh sama, pertambahan kes dalam kalangan kontak rakan sekerja direkodkan pada 11 Ogos dengan 12 kes, 12 Ogos pula satu kes diikuti tujuh kes pada 13 Ogos 2021 melibatkan rakan sekerja dari daerah Putatan dan Kota Kinabalu.


“Secara kumulatif, kluster ini mencatat 22 kes termasuk lapan kes baharu pada hari ini hasil saringan terhadap 40 kontak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Σχόλια


bottom of page