KLUSTER KOMPLEKS EMPAT LIBATKAN LAPAN DAERAH DI SABAHKLUSTER KOMPLEKS EMPAT LIBATKAN LAPAN DAERAH DI SABAH
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER KOMPLEKS EMPAT LIBATKAN LAPAN DAERAH DI SABAH


Datuk Masidi Manjun

10 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kluster Covid-19 baharu yang dicatatkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Kompleks Empat melibatkan lapan daerah di Sabah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lapan daerah yang terlibat adalah Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, Penampang, Putatan, Ranau, Kota Belud dan Sandakan.



"Kes indeks merupakan pegawai penguatkuasa lelaki yang berumur 32 tahun di Aras 4, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.


"Beliau disahkan positif hasil saringan rentas negeri (dari Kota Kinabalu ke Wilayah Persekutuan Labuan) di klinik swasta pada 5 Mei 2021," katanya di dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.


Susulan kes itu, Masidi berkata, saringan kontak rakan sekerja mendapati 14 kes positif di Kota Kinabalu dan tiga kes di Tuaran, sementara Kota Belud, Sandakan dan Papar masing-masing dua kes.


"Turut mencatat satu kes positif masing-masing di Putatan, Ranau dan Penampang sekaligus menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 27 kes.


"Setakat hari ini, pasukan kawalan giat menjalankan aktiviti pengesanan kontak," tambahnya.



bottom of page