top of page

KLUSTER KOPI BLUES TAWAU, BERKAITAN MAJLIS PENGEBUMIAN

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 11, 2021
  • 1 min read

Gambar Hiasan

11 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Kopi Blues - Tawau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sri Tanjung daerah Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 09 Jun lalu bersama anaknya.


“Daripada 20 sampel yang telah diambil menerusi saringan kontak rapat dan kontak sosial, 10 sampel dikesan positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes.


“Sementara itu, dua sampel didapati negatif manakala enam sampel masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei 2021.


“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenal pasti punca jangkitan sedang giat

Dijalankan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page