• Wartawan Nabalu News

KLUSTER MEROTAI BESAR KALABAKAN, KLUSTER BAHARU CATAT 26 KES


26 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baru direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Merotai Besar di Kalabakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini mencatatkan sebanyak enam kes baharu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 26 kes.

"Kes indeks merupakan penolong penyelia kedai di Mukim Merotai yang disahkan positif Covid-19 melalui saringan bergejala di salah sebuah pusat perubatan di Tawau pada 16 Februari.


"Susulan kes itu, saringan kontak rapat dan tempat kerja mendapati 26 lagi kes positif yang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan sekerja kepada kes indeks," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com