Wartawan Nabalu News
KLUSTER NAHABA KOTA BELUD DISYAKI BERPUNCA DARI MAJLIS PENGEBUMIAN
1 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini melibatkan jangkitan dalam komuniti disyaki berpunca daripada majlis pengebumian di Kampung Nahaba pada 11 Jun 2021, dikenali sebagai Kluster Nahaba 2 Kota Belud.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah lelaki, 57, yang bergejala demam sejak 14 Jun lalu sebelum disahkan positif Covid-19 di Hospital Kota Belud pada 20 Jun.
“Pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 136 individu terdiri daripada ahli keluarga serta kontak rapat mendapati 26 lagi kes positif.
“Ia termasuk sembilan kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 27 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, semua kes positif telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Kota Belud, Hospital Queen Elizabeth dan PKRC Kota Belud.
Beliau berkata, dalam pada itu, semua kontak rapat juga telah diarahkan kuarantin untuk pengasingan.
Comments