KLUSTER PAGINATAN DIKESAN DI RANAU DENGAN 47 KES POSITIF
- Wartawan Nabalu News
- Dec 22, 2020
- 1 min read

22 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINBALU: Satu kluster baharu melibatkan daerah Ranau hari ini, dikenali sebagai Kluster Paginatan dengan 47 kes positif Covid-19 dalam kluster ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu melibatkan daerah Ranau, Papar dan Kota Belud.
“Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-85057) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.
“Sehingga hari ini (22 Disember) sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 47 kes dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Noor Hisham berkata secara keseluruhannya sebanyak lapan kluster baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini.
Comentarios