KLUSTER PULAU BERHALA SANDAKAN, ANTARA KLUSTER BAHARU HARI INI

6 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu daripada tiga kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini melibatkan daerah Sandakan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikenali sebagai Kluster Pulau Berhala. Kes indeks bagi kluster itu dilaporkan positif Covid-19 pada 20 November lalu hasil saringan komuniti.
“Sehingga hari ini (6 Disember), sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.
Dua lagi kluster lain dikenali sebagai Kluster Cerah melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan kluster ketiga ialah Kluster Jalan Tampoi melibatkan negeri Johor.
Comments