top of page

KLUSTER RUMAH MERAH, KLUSTER TELIPOK, KLUSTER SEMBULAN DIKENAKPASTI KLUSTER BAHARU DI SABAH

  • nabalunews
  • Oct 30, 2020
  • 1 min read

30 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga daripada lapan kluster baharu di seluruh negara yang dikenalpasti pada hari ini, adalah di Sabah.

Kluster-kluster itu ialah Kluster Rumah Merah melibatkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kota Kinabalu, Kluster Telipok dan Kluster Sembulan.

Kluster-Kluster lain ialah Kluster Merpati, Kluster Astaka, Kluster Titian, Kluster Gala dan Kluster Meldrum.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks bagi Kluster Rumah Merah dikenalpasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 56 lagi kes positif Covid-19. Kesemua kes menerima rawatan di Blok Isolasi Pusat Tahanan Sementara Menggatal.

“Sehingga 30 Oktober (hari ini), jam 12 tengah hari, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif (56 kes baharu) dan 72 individu dikesan negative,” katanya.

Noor Hisham berkata, 10 kes bagi Kluster Telipok, dikenal pasti positif hasil saringan di tempat kerja pada 29 Oktober dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Bomba, Sepanggar.

Beliau berkata, sehingga 30 Oktober (hari ini), jam 12 tengah hari, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif (10 kes baharu) dan 102 individu dikesan negatif.

Bagi Kluster Sembulan, kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-26238) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober lalu.

“Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Institut Kemahiran MARA, Sepanggar dan Politeknik Sepanggar.

“Sehingga 30 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif (4 kes baharu) dan 87 individu dikesan negative,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page