top of page
Wartawan Nabalu News

KLUSTER TANJUNG PITAS SUMBANGAN PENINGKATAN KETARA KES BAHARU DI PITAS


8 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Daerah Pitas mencatatkan peningkatan kes positif baharu agak ketara hari ini sebanyak 128 kes berbanding hanya 17 kes kelmarin. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kesemua kes baharu di Pitas berpunca daripada Saringan Kluster Tanjung Pitas (126 kes) dan masing-masing satu kes daripada Saringan Bergejala dan Saringan Lain-lain kes. “Kluster Tanjung Pitas disyaki berpunca daripada aktiviti majlis pengkebumian di sebuah kampung dan juga kebarangkalian pergerakan antara Pulau Banggi dan Pitas yang menyumbang kepada jangkitan melibatkan ramai penduduk,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini. Masidi berkata, bagi Kota Kinabalu pula 28 kes daripada 47 kes berpunca daripada Saringan Kluster iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu (14) kes, Kluster Agora Borneo empat (4) kes, Kluster Jalan Kayu Madang satu kes dan Kluster Bahtera Barat sembilan kes. “Selebihnya daripada Saringan Bersasar, Saringan Kontak Rapat dan Saringan Bergejala,” katanya. Beliau berkata, bagi daerah Sandakan, daripada 16 kes, dua kes daripada Saringan Kluster Istimewa 2, Saringan Kontak Rapat (13 kes) dan satu kes daripada Saringan Bergejala. “Manakala bagi daerah Beaufort pula, daripada 15 kes, sebanyak enam kes daripada Saringan Kluster iaitu Kluster Lumadan (dua kes) dan Kluster Limbawang (empat kes), Saringan Kontak Rapat (enam kes) dan Saringan Bergejala (tiga kes). “Daerah Tawau mencatatkan 14 kes berpunca daripada, Saringan Kluster sebanyak lapan kes iaitu Kluster Serundung Baru tujuh kes dan Kluster Tembok Tawau satu kes, empat kes daripada Saringan Kontak Rapat dan dua kes daripada Saringan Lain-lain kes. “Sebanyak 13 kes dicatatkan di Putatan, berpunca daripada, 10 kes Saringan Kontak Rapat dan tiga kes daripada Saringan Bergejala,” katanya. Beliau berkata, Kinabatangan mencatatkan lapan kes iaitu lima kes daripada Saringan Kluster Paris Tiga, satu kes daripada Saringan Kontak Rapat, masing-masing satu kes Saringan Bergejala dan Saringan Lain-lain kes. “Bagi daerah Kota Belud pula, daripada tujuh kes, satu kes daripada Saringan Kluster Nahaba, empat kes daripada Saringan Kontak Rapat dan dua kes daripada Saringan Bergejala. “Tongod dan Penampang masing-masing mencatatkan enam kes, Tuaran, Kudat dan Kuala Penyu masing-masing empat kes, Semporna dan Kota Marudu masing-masing tiga kes dan Kalabakan satu kes,” katanya.

Comments


bottom of page