• Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU, KLUSTER KONGSI LAPAN DI TAWAU

Updated: May 17


Gambar hiasan

13 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Kongsi Lapan di Tawau melibatkan komuniti di Kampung Lapan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan wanita, 45, yang telah disahkan positif melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Tawau pada 07 Mei 2021



“Dipercayai bahawa kes indeks mendapat jangkitan ketika menghadiri solat terawih dan pengagihan moreh sepanjang bulan ramadan bermula 29 April hingga 06 Mei lalu di Masjid Baitul Farihin, Kampung Lapan..


"Saringan kontak rapat dilakukan terhadap 56 orang di kampung terbabit kemudiannya mendapati sembilan lagi kes positif menjadikan jumlah terkumpul setakat ini bagi kluster ini ialah 11 kes.


"Sehubungan itu, sebanyak 34 sampel lagi masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Katanya, aktiviti pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih disiasat.