top of page

Komuniti Gonok Terima Dana Perkasa Kawasan Perkuburan dari ADUN Kadamaian

  • nabalunews
  • Apr 9
  • 1 min read


9 April 2025


KOTA BELUD: Komuniti Kampung Gonok di daerah ini menerima suntikan dana istimewa daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, bagi tujuan memperkasa dan meneres kawasan perkuburan kampung tersebut.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, kepada Ketua Kampung Gonok, Junaidi Alim, selaku wakil rasmi komuniti.


Menurut Junaidi, bantuan ini amat bermakna dan tepat pada masanya, terutamanya dalam memastikan kawasan perkuburan sentiasa berada dalam keadaan terurus dan dihormati. Beliau turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan serta komitmen beliau terhadap kebajikan penduduk kampung.


Sumbangan ini bukan sahaja melibatkan aspek fizikal kerja-kerja peneresan, malah menjadi simbol semangat kerjasama antara pemimpin dan rakyat. Ia memperlihatkan pendekatan Ewon yang terus konsisten dalam mendengar keperluan komuniti akar umbi serta bertindak proaktif dalam menyelesaikan keperluan setempat.


Clarence turut menyatakan bahawa UPPM Kadamaian sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan masyarakat kampung dan akan memastikan segala bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk. Tambahnya lagi, projek-projek komuniti seperti ini adalah asas penting dalam membina komuniti yang bersatu dan sejahtera.


Dengan adanya kerjasama erat antara pihak wakil rakyat, pemaju masyarakat dan komuniti setempat, Kampung Gonok dijangka akan terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh struktur sosial dan kemudahan asas mereka.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page