top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kontak rapat masih penyumbang utama kes harian Covid di Sabah: Masidi



3 Okt 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Trend Saringan Kontak Rapat sebagai penyumbang utama kes harian di negeri ini masih kekal iaitu 54.63 peratus daripada jumlah kes harian hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dengan peratusan 35.07 peratus daripada kumulatif kes pada hari ini yang datangnya daripada Saringan Bergejala memperlihatkan betapa trend jangkitan di Sabah bukan lagi bersifat lokaliti tertentu, tetapi sudah merebak ke dalam seluruh komuniti.


“Berdasarkan analisa ini, kaedah "bergantung sepenuhnya kepada petugas barisan hadapan dan juga penguatkuasaan" sudah tidak berkesan kerana tiada siapa boleh ramalkan siapa yang menjadi pembawa atau siapa yang sudah dijangkiti.


“Kita perlu terima hakikat bahawa "we have to live with the virus" dan amalan terbaik yang boleh disarankan ialah pematuhan SOP kendiri, selain daripada sokongan kepada usaha vaksinasi yang sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, berdasarkan statistik pengkategorian kes-kes jangkitan Covid-19 pada hari ini, 91.52 peratus daripada kes jangkitan hari ini hanya pada Kategori 1 dan Kategori 2, manakala hanya lima kes Kategori 3, enam kes Kategori 4 dan tiga kes Kategori 5.


“Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak (419) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah

digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

bottom of page