top of page
  • nabalunews

Koordinator hal ehwal Cina Warisan Karamunting letak jawatan



10 November 2022

SANDAKAN: Penyelaras hal ehwal Cina Parti Warisan Sabah (Warisan) Karamunting David Fong Vun Fui mengumumkan peletakan jawatan serta-merta daripada parti dan semua jawatan berkaitan serta membidas kepimpinan parti.


Beliau berkata, pemimpin Warisan termasuk presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengelirukan rakyat Sabah dengan ketidak konsistenan dan pembohongan mereka.


“Shafie dan pemimpin Cina Warisan yang lain tidak mengamalkan apa yang mereka sampaikan dan ini telah mengelirukan ramai pemimpin akar umbi seperti saya,” katanya.


Ketidak konsistenan mereka telah menyebabkan pemimpin akar umbi mempersoalkan kredibiliti dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah, tambahnya.


“Mereka memberitahu rakyat Sabah bahawa perjuangan politik parti adalah untuk rakyat Sabah, dan parti politik Malaysia Barat tidak boleh dipercayai, tetapi (irioninya) mereka akan bekerjasama dengan parti itu untuk membentuk Kerajaan Persekutuan,” kata Fong.


Fong berkata Warisan mengelirukan rakyat Sabah selama hampir dua tahun mereka berkuasa dengan mewujudkan kementerian yang tidak mempunyai kuasa untuk menyelia fungsi jabatan berkaitan, sambil menambah bahawa hal berkaitan pendidikan dan kesihatan adalah di bawah Putrajaya.


“Saya keliru dan kecewa dengan kepimpinan parti kerana mereka tidak begitu mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.


Fong berkata beliau akan terus mendedahkan ketidakikhlasan pemimpin Warisan menjelang pengundian 19 Nov kerana dia sudah cukup dengan pembohongan mereka dan tidak rakyat Sabah terus dibawa oleh mereka.


Fong mengumumkan beliau memberikan sokongan kepada calon GRS Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan dan berusaha membantu memenangi sokongan pengundi Cina di kawasan parlimen itu. – Jesselton Times


Comments


bottom of page