top of page

Koperasi KOSMA agih dividen 55% kepada 1,495 anggota

  • nabalunews
  • Aug 1, 2025
  • 1 min read

1 Ogos 2025


KUANTAN: Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) mengumumkan agihan dividen saham 55 peratus membabitkan bayaran berjumlah RM32.538 juta kepada 1,495 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2024.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi nilai unit ladang yang telah dibayar adalah sebanyak RM23.97 juta, menjadikan jumlah keseluruhan pembayaran dividen unit ladang dan saham RM56.508 juta.


“Bagi tahun kewangan 2024, pendapatan keseluruhan Kosma yang telah diaudit mencatatkan jumlah RM290.79 juta, manakala keuntungan bersih direkodkan sebanyak RM132.77 juta,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman pembayaran dividen unit ladang dan dividen syer Kosma bagi Tahun 2024 di sini, semalam yang turut dihadiri Pengerusi KOSMA, Datuk Zamri Mohamad.


Wan Rosdy berkata, pembayaran dividen itu mencerminkan kecekapan, keberkesanan serta pulangan pelaburan yang mampan hasil daripada pengurusan efisien koperasi tersebut.


Dalam pada itu, beliau berkata Kosma terus memainkan peranan penting dalam menjana pendapatannya yang memberikan impak besar kepada sektor koperasi negeri Pahang dan juga negara.


“Kosma percaya bahawa pengagihan dividen ini akan terus memperkukuhkan kesejahteraan ahli-ahli, kakitangan, warga koperasi dan seluruh rakyat Malaysia.


Kejayaan Kosma ini tidak datang begitu sahaja, tetapi datang dengan usaha gigih dan konsisten setiap jenteranya,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page