top of page
  • nabalunews

KOS SARINGAN DAN KUARANTIN GURU PULANG BERTUGAS KE SABAH DAN SARAWAK DITANGGUNG SEPENUHNYA


8 JAN 2021


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menanggung sepenuhnya kos saringan ujian COVID-19 bagi guru, pensyarah dan anggota keluarga mereka yang akan pulang ke Sabah dan Sarawak bagi memulakan tugas.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kos kuarantin bagi mereka yang pulang ke Sarawak pula akan ditanggung oleh kerajaan negeri sepenuhnya.

"Bagi guru dan pensyarah serta keluarga yang akan kembali bertugas ke Sabah, mereka perlu menjalani ujian saringan tiga hari sebelum pulang manakala bagi yang pulang ke Sarawak mereka perlu membuat ujian swab sama ada sebelum pulang atau sewaktu tiba di pintu masuk Sarawak," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini. - Bernama



Comments


bottom of page