top of page

Kota Marudu dilanda gelombang haba, 11 daerah dalam tahap berjaga-jaga

  • nabalunews
  • Jul 29, 2025
  • 1 min read

29 Julai 2025


KOTA KINABALU: Daerah Kota Marudu dilaporkan mengalami gelombang haba apabila mencatatkan suhu panas tahap dua yang boleh mencecah suhu sehingga 40 darjah celcius.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan selain Kota Marudu, enam lagi daerah di Sabah turut dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah sehingga 37 darjah celcius.


Katanya, antara daerah yang terlibat ialah Pitas, Beluran, Telupid, Sandakan, Tenom dan Keningau.


Selain Sabah, empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak turut dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga.


“Empat kawasan di Semenanjung terlibat adalah Kampar, Perak; Pasir Putih dan Machang, Kelantan; serta Temerloh, Pahang, manakala bagi Sarawak, kawasan terlibat ialah Limbang.


“Kawasan yang mengalami cuaca panas Gelombang Haba dan Tahap Satu itu direkodkan setakat jam 6 pagi pada Selasa,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.


Manakala, tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.


Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page