Jacquline Ebit
KPDNHEP beri kelonggaran kepada 22 sub sektor perdagangan beroperasi
18 Julai 2021
Oleh Jacquline Ebit
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kelonggaran kepada 22 sub-sektor perdagangann dan pengedaran untuk beroperasi semula di bawah fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPDNHEP, Keputusan tersebut dibuat selepas pengumuman oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos mengenai Kemudahan Sektor Ekonomi sepanjang tempoh PPN yang membenarkan beberapa sub-sektor untuk beroperasi semula pada 16 Ogos.
Antara sub-sektor yang dibenarkan bagi negeri di Fasa 1 ialah;
kedai cuci kereta
kedai elektrik dan elektronik
kedai barangan rumah dan peralatan dapur
kedai perabot
kedai peralatan sukan
kedai aksesori kereta
pusat pengedaran dan jualan kereta
pasar pagi dan pasar tani sahaja
kedai pakaian, fesyen dan aksesori
kedai barang kemas
kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).
Bagi negeri di Fasa 2 pula sub-sektor yang dibenarkan ialah;
kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi
kedai barangan terpakai
kedai bunga dan nurseri
kedai kraftangan dan cenderahati
kedai antik
kedai alat permainan
kedai permaidani
kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif
kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing
kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik)
Bagaimanapun, sub-sektor itu hanya dibenarkan untuk beroperasi dengan syarat kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negeri berkenaan mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus.
Selain itu, individu yang ingin memanfaatkan kemudahan ini juga mestilah telah menerima vaksinasi lengkap.
KPDNHEP juga memaklumkan bahawa semua pemilik premis perniagaan perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
"Individu yang menerima vaksin Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac mestilah telah melepasi hari ke 14 dari tarikh suntikan dos kedua manakala bagi mereka yang menerima vaksin Johnson & Johnson dan CanSino mestilah telah melepasi hari ke 28 dari tarikh suntikan.
KPDNHEP berkata, syarikat dibawah sektor perdagangan pengedaran yang dibenarkan beroperasi semula tidak perlu mengemukakan maklumat pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap untuk beroperasi.
"Bagi negeri-negeri dibawah Fasa 2 PPN iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah, boleh beroperasi semula tanpa perlu mencapai kadar vaksinasi lengkap 50 peratus populasi dewasa di negeri berkenaan.
"Pemilik premis juga perlu membuat permohonan kebenaran beroperasi melalui sistem Centralised Information Management System (CIMS) di pautan https://notification.miti.gov.my/login," kata KPDNHEP.
Walau bagaimanapun pemain industri dan pemilik premis boleh beroperasi tanpa perlu menunggu kelulusan daripada KPDNHEP.
"Semua bukti permohonan melalui CIMS hendaklah disimpan untuk dijadikan bukti bila diperlukan," katanya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-88826322/6587 atau melalui emel kepada roa@kpdnhep.gov.my.
Kommentare