top of page

KPKM seru lebih ramai petani, pekebun kecil memohon bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi

nabalunews


30 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyeru lebih ramai petani dan pekebun kecil untuk memanfaatkan peluang mendapatkan bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi, setelah menerima sebanyak 18,642 permohonan setakat ini.

 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menyatakan bahawa walaupun jumlah permohonan yang diterima sudah ramai, pihak kementerian berharap lebih ramai yang layak akan tampil memohon bantuan ini.

 

"Jumlah yang diterima secara umum sudah ramai namun kita harap lebih ramai tampil memohon dan kementerian akan memudahkan urusan permohonan tersebut. Kita harap mereka yang layak memohon bantuan berkenaan agar usaha kerajaan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Fest 2024@Selangor, di sini.

 

Bantuan ini meliputi sumbangan tunai sebanyak RM200 kepada petani dan pekebun kecil di Semenanjung yang berdaftar dengan KPKM atau Kementerian Perladangan dan Komoditi. Ini merupakan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel bawah inisiatif BUDI MADANI.

 

Selain itu, Mohamad menyatakan bahawa Malaysia berpotensi untuk meneroka pasaran produk makanan ke Negara Bebas Komanwel (CIS) dalam usaha kerajaan meningkatkan jumlah eksport negara ke peringkat antarabangsa.


“Sebagai contoh, kopi negara kita seperti Tongkat Ali turut dikenali di luar negara dan boleh diterima pasaran antarabangsa. Oleh itu, kita perlu menggunakan peluang itu untuk menerokai negara CIS seperti Kazakhstan dan Tajikistan,” katanya.

 

 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page