top of page
  • Wartawan Nabalu News

KPLB SABAH MASIH MENUNGGU RAYUAN TERUSKAN GERAN: JAHID



21 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah masih menunggu keputusan rayuan untuk meneruskan geran untuk tujuan aktiviti gotong-royong kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini.


Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, ini kerana kerajaan negeri tidak menyediakan sebarang Grant atau Outright Grant kepada JPKK melalui KPLB untuk tujuan itu.


“Sebelum ini pihak KPLB Persekutuan ada menyediakan geran RM10,000 kepada setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tetapi telah diberhentikan sejak tahun 2019.


“Kementrian saya masih menunggu keputusan rayuan untuk meneruskan pemberian geran tersebut,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.


Amisah bertanya sama ada pihak kementerian akan memberi 'Outright Grant' sebanyak RM2,000 kepada JPKK untuk tujuan aktiviti gotong-royong.


留言


bottom of page