top of page

KPM Tempatan Sementara Pengetua, PK Hem, Warden Di JPN Sabah Sehingga Siasatan PDRM Selesai

  • nabalunews
  • Aug 13, 2025
  • 1 min read

13 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.


Penempatan berkenaan akan berkuatkuasa sehingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan KPM hari ini berkata, keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarhamah Zara Qairina.

Katanya, KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksana secara menyeluruh, teliti dan tuntas.


“Sebagaimana yang telah ditegaskan, kes tersebut merupakan keutamaan KPM pada masa ini.


“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page