top of page

KURANGKAN ACARA SOSIAL ELAK PENULARAN COVID-19: MASIDI

Wartawan Nabalu News


6 JAN 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya mengurangkan acara sosial seperti majlis, kenduri dan perayaan bagi membendung penularan Covid-19.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana hamper 60 peratus daripada kes jangkitan terbaru pada hari ini berpunca daripada saringan kontak rapat positif Covid-19.


“Apa yang saya perhatikan dalam tempoh satu minggu ini, penambahan kes daripada kluster baharu semuanya berpunca dari majlis sosial iaitu perayaan Krismas dan Tahun Baharu.


“Oleh itu saya merayu sekali lagi kepada seluruh rakyat di negeri ini supaya mengurangkan akiviti sosial atau majlis keramaian melibatkan orang luar dari kampung atau daerah lain datang ke rumah.


“Kalau boleh, elakkan menjemput orang luar datang ke rumah kita kerana kita tidak pasti sama ada mereka sihat atau sebaliknya. Ini penting sebagai langkah berhati-hati melindungi keluarga kita daripada jangkitan virus yang boleh membawa maut,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, masyarakat juga harus mendisiplinkan diri dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Mengenai perkembagan kes positif baharu Covid-19 hari ini, beliau berkata, Sabah mencatatkan sebanyak 405 kes, menjadikan jumlah kumulatif 38,960 kes.


“Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 242 kes (59.8 peratus) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 17.3 peratus, saringan bergejala 11.9 peratus dan 11.1 peratus adalah dari lain-lain kategori.


Beliau berkata, dua kes kematian direkodkan hari ini masing-masing satu kes di Putatan dan Kudat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page