top of page

KWSP UMUM PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN LAHAD DATU

  • nabalunews
  • Jan 19, 2021
  • 1 min read

ree

19 Jan 2021


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabat dan kaunter Lahad Datu mulai esok sehingga diberitahu kelak selepas beberapa pekerjanya di cawangan itu didapati positif COVID-19.


“Kes yang dikenal pasti itu kini dalam rawatan manakala pengesanan kontak kini giat dijalankan,” kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini, sambil menambah premis berkenaan ditutup untuk pembasmian kuman dan sanitasi.


KWSP berkata ahli dinasihatkan untuk berurus niaga secara dalam talian melalui i-Akaun bagi perkhidmatan terpilih atau menjadualkan semula lawatan ke premis ke satu tarikh lain melalui kemudahan Janji Temu Online jika terdapat keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP secara bersemuka.


Menurut kenyataan itu, ahli yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. - Bernama



 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page