top of page

Lampu Isyarat Dipasang di Rancangan Rumah Murah, Kampung Sim-Sim untuk Keselamatan Pejalan Kaki

  • nabalunews
  • Nov 11, 2024
  • 1 min read

11 November 2024


SANDAKAN: Sebuah lampu isyarat baharu kini telah dipasang di hadapan Lorong G, Rancangan Rumah Murah, Kampung Sim-Sim, Sandakan, sebagai inisiatif bagi meningkatkan keselamatan pejalan kaki di kawasan tersebut.


Pemasangan lampu isyarat ini adalah hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming, yang melihat keperluan mendesak untuk meningkatkan keselamatan bukan sahaja untuk pejalan kaki tetapi juga bagi pemilik kenderaan yang perlu melintas jalan atau parkir di kawasan seberang.


Menurut Datuk Frankie, setelah beliau menyuarakan keperluan ini kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak berkenaan bertindak pantas dalam memastikan pemasangan lampu isyarat tersebut dilakukan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKR atas tindakan proaktif mereka dalam memberi keutamaan kepada keselamatan penduduk setempat.


Kawasan jalan raya tersebut sememangnya menjadi laluan utama penduduk dan sering sibuk dengan aliran trafik harian.


Dengan adanya lampu isyarat ini, diharap ia dapat membantu melancarkan pergerakan trafik dan memastikan keselamatan pejalan kaki yang melintasi jalan tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page